Khamis, 28 Oktober 2010

17 Nasihat Berguna

1.   Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.
2.   Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya kan terbakar.
3.   Ribut yang kuat dapat menumbangkan pokok yang besar.
4.   Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.
5-Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.
6.   Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.
7.   Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.
8.   Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.
9.   Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk lebih tahu.
10.   Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
11.   Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.
12.   Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..
Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…
Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.
13.   Jarakkan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.
14.   Apa yang kamu miliki akankamu lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
15.   Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.
16.   Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.
17.   Perkataan yang baik bukanlah anak panah tetapi dapat membinasakan hati.  ~~peribadirasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan