Khamis, 28 Oktober 2010

Petua Bina Kesihatan

Petua bina kesihatan pakcikli00 – satu
Panduan hidup adalah al Quran
rasul diutus memberi ingatan
yang menjadi petua serta amalan
demi untuk membina kesihatan
Mulakan Bismillah setiap urusan
elok disertai selawat dan salam
dulukanlah niat sebelum pekerjaan
mulakan gerakan di sebelah kanan
Setiap waktu perlulah ditepati
janganlah suka memungkiri janji
bahaya dan musuh usahlah dicari
jangan mudah tidak sedarkan diri
Lemparkan senyuman setiap hari
sehingga wajah kelihatan berseri
seandainya bertemu salam diberi
janganlah suka meninggi diri
Bercakaplah cuma jikalau perlu
sebelum menjawab dengari dulu
usahlah bertanya bertalu talu
perangai berleter usahlah ditiru
Berpakaian biar disenangi orang
jangan sendat atau pun jarang
bahagian aurat usah ditelanjang
sehingga geram jika dipandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan