Jika ada orang yang menyakiti anda maka ingatlah akan qadha ALLAH, keutamaan memberi ampunan, pahala menjalaninya dengan tabah, ganjaran bersabar, bahawa dia bertindak sebagai pehak yang menzalimi dan anda sebagai pehak yang dizalimi. Dengan itu anda akan menjadi orang yang paling merasa bahagia.
Qadha ALLAH pasti diberlakukan, ajal pasti tiba, dan rezeki telah ditentukan. Mengapa harus bersedih? dan sakit, kemiskinan, dan musibah itu memiliki ganjarannya masing-masing. Mengapa harus resah?
Di dunia ini ada syurga, yang barangsiapa ketika di dunia tidak dapat memasukinya maka dia tidak akan pernah masuk syurga akhirat. Syurga dunia itu adalah zikir kepada ALLAH, taat kepadaNya, selalu berusaha dekat denganNya, dan merinduiNya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan