Khamis, 28 Oktober 2010

Rahsia Kegagalan

Siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya.Rahsia kegagalan adalah cuba menyukakan hati semua.
Tidak salah, tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Jesteru, siapa yang
cuba menyukakan hati semua orang, akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.
Apa kaitan ikhlas dengan rahsia kegagalan?
Orang ikhlas akan berjaya, orang yang tidak ikhlas akan gagal.
Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai ‘tuhan-tuhan’ kecil untuk dijaga.
Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah, insyaAllah Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan.
Tetapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semuanya akan benci. Dan itulah punca kegagalan.
Orang ikhlas itu bebas!
Apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walau orang tidak suka, yang haram kita tinggalkan walau manusia pula suka. Yang penting bukan kesukaan manusia tetapi kesukaan Allah.
Kalau semua mereka tak suka macam mana?
InsyaAllah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah.
Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia.Apa gunanya disukai oleh orang yang di benci Allah. Sukanya tidak memberi manfaat, bencinya tidak memberi mudhorat.
Kita tidak mampu menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha
menyukakan Allah. InsyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai Allah jua. Dan itulah rahsia kejayaan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan