Khamis, 28 Oktober 2010

HASIL PEMODENAN ATAU KEJUTAN BUDAYA?

Oleh ABD. RAHIM ABD. RASHD
BUDAYA lepak yang berlaku di negara ini menarik perhatian pelbagai golongan, khususoya ahli kali masyarakat, pendidik, ibu bapa, dan ahli politikyang berasa cemas dan bimbang terhadap kesan buruk ke atas golongan belia dan masyarakat umumaya. Selain itu, budaya lepak ini begitu kuat dipengaruhi oleh budaya liaryangbercanggah dengan norma dan nilai masyarakat negara ini. Budaya lepak yang berkembang di kalangan belia mempunyai kecenderungan ke arah pembiakan pelbagai gejala keruntuhan moral yang amat serius se rta me ningkatkan kes jenayah dan masalah sosial yang kritikaL
Pembiakan budaya jenayah, dalam hal ini, seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Daripada aspek lain, budaya lepak menyebabkan meningkatoya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat. Menurut Sigmund Freud, perkembangan budaya liar akan membawa ahlinya terjebak dengan pelbagai kegiatan sosial yang bersifat destruktif dan mempunyai unsur jenayah yang akhirnya memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Budaya lepak adalah subbudaya yang dibentuk oleh kelompok kecil dalam masyarakat bagi menjaga dan memenuhi kepentingan kelompok. Dalam banyak hal, budaya lepak bercanggah dengan norma dan nilai masyarakat besar. Budaya lepak merupakan budaya serpihan daripada budaya besar tetapi cukup menonjol dan adakalanya amat berpengaruh bagi menimbulkan masalah dan kesan buruk kepada masyarakat.
Dari satu segi, budaya lepak dapat diliha sebagai manifestasi ketandusan ideologi periuangan masyarakat pemuda dar golongan belia di negara ini sejak beberap. tahun belakangan ini. Masalah ketandusan idealisme perjuangan belia dan pemuda ini mulai berlaku pada 199~an sehingga masa kini. Dengan meningkatoya pemodenan, pengejaran kebendaan menjadi amat lumrah dan mencorakkan semangat hidup yang kosong dan tandus di kalangan belia.
Sistem pendidikan dan sistem sosial yang lemah tidak mampu mengukuhkan semangat juang belia yang telah luntur. Golongan belia yang menghadapi krisis identiti dan bankrap dari segi idealisme hidup menghadapi masalah kekosongan mental, momI, kelemahan rohaniah, dan ketandusan semangat juang sehingga tidak mampu menjadi tenaga peng gerak dalam masyarakat. Pemimpin belia yang korup dan pintar menipu dengan m e n g g u - nakan persatuanbeliasebagaiasetdanmo. dal untuk mengejar matlamat mereka. Masyarakat belia yang merupakan produk sosial sebegini Mta-mtanya tidak lagi sensitif dan mempedulikan keadaan yang berlaku. Aspimsi, motivasi, dan taraf kesedaran sosial dan moral yang rendah untak membaiki diri menjadikan golongan belia lebih mudah terperangkap dalam agenda kehidupan yang tidak bermatlamat dan bermomI.
Budaya lepak merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan belia. Modenisasi membawa nilai baru yang dalam keadaan tertentu dapat menimbulkan krisis nilai dan dilema moral di kalangan belia. Penghijrahan golongan belia luar bandar ke bandar untuk mengejar perubahan menimbulkan kejutan budaya.
Pengaruh modenisasi
TerhadaD nilai, sikap, keinginan, gaya hidup, kebendaan, dan kepuasan menjadikan belia golongan yang hidup dalam dilema.
Budaya lepak pada umumnya merupakan fenomena bandar yang berlaku kerana pertembungan budaya yang menimbulkan pelbagai krisis dan dilema baru kepada golongan muda. Kebanyakan belia suka ke bandar untuk membnang masa, merayau-rayau, berpeleseran, berfoya-foya, dan berlagak untuk mencari kebebasan dan melepaskan diri mereka daripada tanggungjawab. Pola dan fenomena penghijrahan harian belia luar bandar ke bandar menjadi semakin kritikal dalam mencorakkan budayalepakdi bandar. Keadaan di bandar menyediakan persekitaran sosial yang sesuai untuk berkembangnya budayalepak. Mo
denisasi dan urbanisasi merupakan faktor tarikan so sial yang amat be rpe ngaruh yang membawa golongan belia kepada perangkap gejala keruntuhan moral yang cukup membimbangkan, kbususnya di negara membangun yang jurang pembangunan antara bandar dengan luar bandar begitu jauh dan amat kritikal kepada pembangunan belia.
BUDAYA bandar yang berbeza dari pada luar bandar bukan sahaja menyediakan ruang untuk per- ubahan belia tetapi mencorakkan fenomena sosial baru seperti budaya lepak di kalangan belia. Budaya lepak berkem- bang di tempat seperti pusat beli-belah, ge- dung pernia- gaan, stesen bas, taman rek- reasi, bangun- an terbiar dan terpencil, dan pusat hiburan. Selain ting- kah laku yang mengganggu dan mengan- cam keselesaan orang awam, golongan belia lepak mela- kukan pelbagai jenayah seperti menagih dadah, seks rambang, pelacuran, peras ugut, gengsterisme, geng motosikal, pelum- ba pecut dan berani mati, dan perosak harta awam. Budaya lepak menjadikan golongan belia nakal, jahat, dan "sampah masyarakat". Dalam keadaan tertentu, fenomena sosial budaya lepak ini amat mengancam keselamatan dan keamanan serta memberi gambaran buruk tentang masalah sosial dan jenayah yang membimbangkan.
Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan oranglain. Belia ini pun kurang kemahiran dan taraf pendidikannya rendah. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumaya.
Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.
Budaya lepak menghasilkan kejutan budaya sebagai reaksi dan tindak balas negatif golongan belia terhadap persekitaran sosial dan budaya yang kompleks yang mengasingkan mereka daripada aliran perubahan yang berlaku. Fenomena ini berlaku dengan meluas di kalangan belia dan remaja Melayu. Kurangnya aktiviti yang berfacdah yang sepatutnya dapat dilakukan oleh belia merupakan punca budaya lepak atau budaya berpeleseran di kalangan anak Melayu yang hanyut dalam arus perkem bangan dan pemodenan bandar.
DEWAN BUDAYA, APRIL 1998, M/s 22-23

Tiada ulasan:

Catat Ulasan