Jumaat, 29 Oktober 2010

Minda dan Anda

Jadikan minda anak anda dari 0 kepada 60 dalam masa 10 saat di sekolah dengan bekalan makanan yang menjana ingatan dan daya tumpuan.

Otak anak anda bergantung kepada diet sihat untuk memaksimakan potensinya dan membantu ia berfungsi di tahap tertinggi. Otak mereka bergantung kepada bekalan tenaga yang stabil dan zat pemakanan penting dan vitamin untuk membantu sel-sel otak berkomunikasi. Jadi bagaimanakah anda dapat menentukan apa yang mereka makan akan meningkatkan IQ anak anda?

Jauhi anak anda dari makanan ringan yang menjadikan fikiran mereka tidak menentu, sikap yang menjengkelkan dan kecergasan melampau. Sebalikya pastikan mereka mendapat zat pemakanan penting sebanyaknya.

Penggalak Ingatan
'Choline" adalah penting untuk otak berfungsi dan sihat, dan ia membantu dalam pembentukan daya ingatan - boleh dijumpai di dalam telur dan kacang. Buah dan sayuran juga menjadi kunci kepada keupayaan otak - ia mengandungi anti oksidan,yag dapat melindungi otak dari radikal bebas yang merosakkan sel (beri biru dan strawberi adalah sangat bagus). Kacang dan sayuran kekacang juga tinggi anti oksidan. 'Folate' dan Vitamin B juga penting bagi fungsi ingatan- dapatkan dalam sayuran berdaun hijau, bijirin dan cereal. 

Penggalak Isyarat Otak
Omega-3 lelemak asid adalah asid sihat yang boleh didapati dalam pelbagai makanan termasuk ikan salmon, tuna (pilih yang kurang berketul dan rendah mercuri, jangan berikan anak anda lebih dari dua (2) kali seminggu), telur, buah avokado, minyak bijian flaks-flaxseed oil- (mudah untuk di percik kedalam cereal tanpa pengetahuan anak ada!), kacang walnut, almond dan minyak zaitun.

Penggalak Ketajaman Mental
Zat besi adalah sangat penting untuk memberi bekalan gula ke otak anak anda, dan akan meningkatkan ketajaman mental mereka. Ia terdapat dalam daging tanpa lemak, makanan ternakan seperti ayam, itik dsb, kacang yang ditinkan (basuh dahulu untuk mengurangkan kandungan garam), bayam, buahan kering dan roti gandum tulen dan cereals.




Setiap hari kita mengabaikan nilai pernafasan, menarik nafas dan melepaskan. Sebenarnya penafasan yang stabil memberi pengaruh besar ke atas kesempurnaan hidup.

Gunakan senaman pernafasan cara timur ini. Ia akan membantu menstabilkan pernafasan. Beri masa selama 20 minit untuk latihan ini dan cuba lakukannya sebanyak dua (2) kali setiap hari.

MASA
Jangan bermeditasi ketika perut anda penuh/kenyang. Masa yang sesuai untuk senaman penafasan ini adalah pada waktu pagi dan petang sebelum waktu makan.

TEMPAT
Cari tempat yang selesa, bilik yang agak gelap di mana anda tidak akan diganggu.

KEDUDUKAN
Duduk di lantai di atas kusyen yang agak keras dengan kaki menyilang (cara yoga yang biasa anda lihat di talivisyen). Jika ia tidak selesa anda boleh juga duduk di atas bangku. Jangan berbaring kerana anda tidak boleh tertidur semasa senaman sedang dilakukan.

BERNAFAS
Tutup mata sebelum bermeditasi, bernafaslah dengan dalam. Tarik dan hembus nafas menggunakan tenaga dari perut anda secara perlahan.

BUNYI
Buat sesuatu bunyi yang mudah atau pendek. Apabila anda menarik nafas, fikirkan perkataan misalnya "Aum" atau zikir seperti "Allah". Apabila menghembus nafas fikirkan perkataan misalnya "Ah" atau zikir seperti "Hu Akhbar". Apabila berasakan hampir tiada nafas di paru paru, anda fikirkan perkataan lain misalnya "Hum" atau zikir seperti "Ya Allah". Bernafas perlahan dengan dalam dan bertenang.

MUZIK
Selain itu,jika suka anda boleh putarkan muzik instrumental ketika melakuan senaman pernafasan atau dapatkan kerjasama pasangan anda untuk membacakan sebuah buku dengan gaya dan intonasi yang perlahan dan tenang. Ini dapat membantu anda lebih istirahat dan penuh tumpuan.


PENGEMBARAAN KE HARI TUA

Apa jua yang anda lakukan, jangan panik!.

Berapa kali anda telah mendengar betapa orang merungut kerana menjadi semakin tua?
Ia mungkin berbunyi seperti ini" Keadaan diri jadi semakin lemah bila menjadi semakin tua, dah tua rupanya aku".. Anda mendengarnya berkali kali. And mengeluh dan terpaksa menerima hakikat takdir yang tidak dapat dihindari ini. Tetapi kenyataannya ia bukanlah sesuatu yang semestinya benar!. Ada ketikanya anda merasakan keupayaan mental dan fizikal anda merosot apabila menjadi semakin berusia, misalnya anda sukar mengingat perkara baru - sebenarnya pada beberapa segi anda selalunya masih berkebolehan.

Orang yang lebih tua biasanya mempunyai kebolehan untuk mengutarakan sesuatu dengan lebih terperinci apa jua yang berlaku pada masa lalu, dan - lebih baik dari orang yang lebih muda - mereka mempunyai kematangan yang diadun dari pengalaman dan juga dari pengalaman hidup dari sejarah hidup mereka sendiri.

Walaupun jika ingatan anda berubah dalam sedekad ini, kemampuan berfikir anda sukar terjejas. Persepsi anda atau keupayaan logikal tidak semestinya menjadi lemah apabila anda menjadi semakin tua. 

Apabila seseorang merasanya mereka semakin menjadi 'perlahan', ia sebenarnya bukan berpunca dari faktor fizikal tetapi kerana perasaan 'tiada upaya' terhadap dunia yang semakin kompleks. Perasaan tidak dapat 'mengendalikan' kelajuan perubahan yang melanda dunia ketika ini. Perasaan kehilangan arah tuju hidup dan ketidakupayaan menggenggam perubahan yang berlaku disekeliling. Kadangkala anda rasa ingin menyorok dari semua halangan dan ancaman perubahan ini, ini tidak akan memudahkan keadaan. Ia hanya akan menjadikan anda semakin tidak berkuasa. Apabila seseorang berhenti menggunakan minda mereka, mereka akan kehilangan banyak kebolehan dan keupayaan secara perlahan. Pada situasi itu, mereka menjadi lebih mudah berputus asa kerana berasa GAGAL dan semakin menarik diri dari dunia. 

Pakar menyatakan, teruslah mengaktifkan minda anda jika anda semakin tua.Pilihlah sesuatu hobi dan beri tugasan pada diri yang memerlukan sepenuh tumpuan anda. Apabila anda meninggalkan kehidupan professional anda dan bersara, adalah sangat penting untuk mengekalkan aktiviti yang mencabar. Teruskan penglibatan anda di dalam kehidupan ini. Carilah sesuatu yang baru untuk diusahakan dan lupakan ketakutan terhadap perkara yang anda tidak tahu (afraid of unknown). Inilah masanya anda mencuba mendaki gunung misalnya, melukis, menari atau bermain golf. Gunakan semua kemungkinan dalam pengalaman hidup ini.

Semakin anda tua, ia memberi anda peluang untuk menyusun atur kehidupan dan juga menilai semula pengalaman anda. Kenali diri sendiri, letakkan setiap kejadian pada perspektif yang lebih tinggi dan terimalah setiap tugasan baru sebagai cabaran untuk menjadikan hidup tua lebih menarik.


Penyakit lupa merujuk kepada kehilangan sumber maklumat yang terkod dan disimpan didalam ingatan jangka panjang seseorang individu . Ia merupakan proses secara mengejut mahupun beransur-ansur dimana ingatan lampau tidak dapat diimbas semula atau diingat dari kotak ingatan seseorang.

Bagi orang yang agak berusia, menjadi pelupa adalah sesuatu yang membimbangkan. Mereka fikir ia merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer. Di masa lalu, kehilangan ingatan dan kekeliruan adalah pekara biasa apabila usia meningkat. Bagaimanapun, sekarang ahli sains mengetahui bahawa kebanyakan orang masih kekal peka dan mampu mengingat pada usia sebegini biarpun mereka mengambil masa yang agak lama mengimbas semula beberapa perkara.

Ramai orang mengalami kemerosotan daya ingatan. Sebahagian masalah mental adalah lebih serius manakala ada juga yang tidak. Seseorang yang mengalami banyak perubahan dari segi ingatan, personaliti dan kelakuan mungkin menderita di sebabkan oleh sejenis penyakit di bahagian otak yang dipanggil demensia (sejenis penyakit mental yang serius). Demensia boleh memberi kesan ke atas kebolehan seseorang menjalani aktiviti seharian. Penyakit Alzheimer pula merupakan sebahagian dari banyak jenis demensia.

Istilah demensia merupakan gejala-gejala yang menyebabkan perubahan pada fungsi otak. Tanda-tanda demensia adalah seperti bertanyakan sesuatu soalan yang sama berulang kali, menjadi lupa pada tempat yang biasa, gagal mengikut arahan, bingung tentang masa, orang, dan tempat, dan mengabaikan keselamatan diri, kebersihan dan pemakanan. Orang yang mengalami demensia ini hilang kebolehan mereka pada kadar yang berbeza.

Demensia disebabkan oleh banyak keadaan. Sebahagian keadaan yang menyebabkan demensia ini boleh di mundurkan dan ada yang tidak. Kelihatannya ia seperti Alzheimer tetapi tidak. Ada yang boleh diubati ada juga yang tidak. Kebanyakan yang dapat dimundurkan adalah demensia yang disebabkan oleh demam panas, kehilangan air dalam badan, kekurangan vitamin dan tabiat pemakanan yang buruk, tindakbalas terhadap ubat-ubatan, masalah kelenjar tiroid ataupun kecederaan kecil di kepala. Keadaan ini boleh menjadi serius dan mesti di rawat oleh doktor secepat mungkin.

Kadangkala orang yang berusia ini mempunyai masalah emosi yang disalaherti sebagai demensia. Perasaan sedih, keseorangan, bimbang atau bosan merupakan pekara biasa apabila orang yang berusia ini menghadapi hari bersara atau berhadapan dengan kematian pasangannya, saudara-mara atau pun sahabat handai. Penyesuaian kepada perubahan ini menyebabkan sesetengah orang menjadi keliru dan pelupa. Masalah emosi boleh di kurangkan dengan sokongan handai taulan dan keluarga atau dengan pertolongan doktor mahupun kaunselor.

Dua jenis demensia yang biasa pada orang dewasa ini adalah penyakit Alzheimer dan juga demensia vaskular (demensia pada pembuluh darah). Demensia ini tidak dapat dimundurkan, bermakna tidak boleh diubati lagi. Pada penyakit Alzheimer, sel saraf di otak berubah di tempat tertentu disebabkan oleh kematian sebahagian besar sel-sel. Gejala Alzheimer bermula secara perlahan dan berterusan menjadi lebih buruk . Semakin berkembang, gejala Alzheimer ini berlarutan dari kelupaan yang sederhana kepada kegagalan dalam berfikir, membuat keputusan dan kebolehan menjalani aktiviti harian. Akhirnya, pesakit memerlukan jagaan sepenuh masa.

Pada demensia vaskular, beberapa serangan kecil strok atau perubahan pada bekalan darah keotak boleh menyebabkan kematian tisu otak. Tempat dimana serangan kecil strok di otak berlaku menentukan keseriusannya. Tanda-tanda yang mengejut mungkin merupakan demensia. Orang yang mengalami vaskular demensia ini berkemungkinan menunjukan tanda-tanda kemajuan atau kekal stabil pada jangka masa yang lama tetapi kemudiannya secara pantas mendapat tanda-tanda yang lain sekiranya lebih banyak strok berlaku. Bagi kebanyakan orang, demensia vaskular ini disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi. Satu sebab penting untuk mengawal darah tinggi adalah untuk mengelak strok.

MENGENAL PASTI TANDA-TANDA (dignosis)


Sesiapa yang bimbang tentang masalah daya ingatannya haruslah berjumpa doctor. Sekiranya doctor berpendapat ianya serius, maka pemeriksaan menyeluruh disegi fisikal, neurological dan penilaian psychiatric adalah digalakkan. Pemeriksaan lengkap bagi kehilangan daya ingatan ini merangkumi pengumpulan maklumat tentang sejarah perubatan seseorang, termasuk penggunaan ubat-ubatan dari doktor mahupun pembelian ubat-ubatan di kaunter, diet, masalah pada penyakit-penyakit yang pernah dialami dan tahap kesihatan secara umum. Pengenalpastian yang tepat adalah sangat bergantung kepada maklumat tersebut maka doctor juga mungkin terpaksa bertanyakan maklumat seseorang pesakit itu daripada ahli keluarganya. 

Pemeriksaan darah dan air kencing mungkin akan dibuat bagi membantu doktor mencari sebarang masalah yang timbul. Begitu juga ujian ke atas kebolehan mental (ujian daya ingatan, penyelesaian masalah, pengiraan dan bahasa). CT scan ke otak mungkin dapat membantu doctor mengatasi sebarang masalah pemulihan. Imbasan ini juga akan menunjukkan tanda-tanda perubahan biasa mengikut umur seseorang yang berlaku pada otak. Sekirananya perlu mungkin akan ada skan susulan untuk memerhatikan perubahan yang berlaku di otak seseorang pesakit itu.

Penyakit Alzheimer dan demensia vascular boleh wujud secara serentak dan ini memberi tekanan bagi doktor untuk mengenalpasti tiap sifatnya secara sepesifik. Sekarang mereka percaya bahawa kebanyakan penghidap demensia yang tidak dapat diubati ini mempunyai penyakit Alzheimer.


RAWATAN

Biarpun doktor mengenalpasti demensia yang tidak dapat diubati ini, masih ada cara boleh dilakukan untuk merawat pesakit dan membantu keluarganya untuk mengatasi situasi ini. Seseorang yang menghidap demensia mesti berada di bawah jagaan doctor dan perlu berjumpa ahli neurologist (kajisaraf), psychiatrist, doctor keluarga, internist (houseman) atau geriatrician (pakar penjagaan kesihatan warga tua). Doktor boleh merawat fisikal pesakit dan masalah kelakuannya dan menjawap sebarang persoalan dari pesakit sendiri mahupun keluarga mereka.

Bagi pesakit Alzhemeir peringkat awal dan pertengahan, sejenis dadah tacrine (Cognex), donepezil (Aricept), rivastigmine (Exelon), dan galantamine (Reminyl) akan dibekalkan kepada pesakit bagi melambatkan gejala dari bertambah buruk. Doktor percaya adalah penting bagi seseorang yang menghidapi demesia vascular untuk cuba mengelak dari terkena strok dengan mengawal tekanan darah tinggi, mengawasi and merawat tahap kolestrol dan kencing manis selain tidak merokok.

Kebanyakan pesakit demisia tidak memerlukan ubat-ubatan bagi masalah kelakuan. Bagaimanapun bagi sebahagian mereka, doctor akan membekalkan ubat-ubatan untuk mengurangkan kegelisahan, kerungsingan, kemurungan atau masalah tidur. Masalah kelakuan yang menyusahkan ini adalah biasa bagi pesakit demisia. Pengunaan ubat-ubatan dengan betul boleh memberi lebih keselesaaan bagi pesakit dan memudahkah kerja penjagaan.

Diet sihat adalah penting. Walaupun tiada diet yang istimewa atau makanan tambahan yang berkhasiat yang boleh mengelak atau memulihkan penyakit Alzheimer dan Demisia Vascular namun diet yang seimbang membantu menjaga kesihatan pesakit secara keseluruhannya. Dalam kes demisia vascular, dait yang baik mampu mengelakkan berlakunya lebih banyak strok.

Ahli keluarga dan sahabat handai penghidap demisia boleh membantu mereka dalam menjalani rutin seharian, aktiviti fizikal dan hubungan social. Penghidap demisia seharusnya dikemaskini tentang butir butir hidup mereka, seperti waktu, tempat tinggal, apa yang berlaku di rumah ataupun di dunia. Bantuan ingatan mampu membantu penghidap demisia peringkat awal ini menjalani hari hari mereka. Banyak keluarga mendapati kalender besar, senarai pelan harian, nota keselamatan yang mudah dan arahan bertulis menjelaskan bagaimana menggunakan alatan rumah boleh menjadi bantuan yang sangat berguna kepada pesakit ini.

NASIHAT PAKAR

Ahli sains sedang bekerja mencari penemuan ubatan terbaru yang dapat melambatkan, memulihkan atau mengelak dari kerosakan yang disebabkan Alzheimer dan Demisia Vaskular ini. Sementara itu, sesiapa yang tiada tanda-tanda demesia haruslah sentiasa menjaga ketajaman daya ingatan mereka.
Sebahagian cadangan termasuklah meningkatkan minat atau hobi dan sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menrangsang kedua-dua minda dan tubuh badan. Memberi perhatian kepada kecergasan fizikal dan bersenam juga membantu dalam menjaga kesihatan akal fikiran. Menghadkan pengambilan minuman beralkohol adalah penting kerana pengambilan yang berlebihan dalam jangka panjang akan menyebabkan kerosakan otak secara kekal.

Ramai orang dapati penyediaaan pelan tugas, seperti senarai “apa perlu dilakukan”, penggunaan nota, kalender dsb adalah sangat berguna. Mereka juga tentu dapat mengingat dengan lebih baik dengan menghubungkan sesuatu perkara dengan benda yang bermakna seperti nama yang biasa didengar, lagu atau rangkap dari sajak atau pantun.
Tekanan, kerungsingan atau kemurungan boleh menjadikan seseorang lebih pelupa. Sifat pelupa yang disebabkan oleh emosi tadi adalah sementara dan akan hilang setelah perasaan itu beransur reda. Tetapi, jika perasaan ini berlanjutan bagi jangkamasa panjang, pertolongan dari pakar adalah sangat penting. Rawatan mungkin merangkum sesi kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan atau kombinasi keduanya sekali.
Bagi orang yang sihat, perubahan secara fizikal dan mental akan berlaku seiring usia. Walaubagaimanapun, kesakitan dan penderitaan boleh dielakkan jika orang yang lebih tua, keluarga mereka dan doktor mengiktiraf demisia sebagai satu penyakit, dan bukannya sebahagian dari proses menjadi tua.

Sumber

Alzheimer’s Association 
919 Michigan Avenue, Suite 1100 
Chicago, IL 60611-1676 
1-800-272-3900
Dialih bahasa dari petikan rencana di www.athealth.com


Sekiranya anda bimbang penyakit Alzheimer menimpa anda di usia lanjut, lakukan satu latihan membentuk daya ingatan beremosi (emotional memory) dari sekarang. Daya ingatan beremosi biasanya wujud ketika seseorang baru merasai sesuatu pengalaman dalam hidup mereka dan perasaan ini tidak dapat dirasai oleh seorang penghidap Alzheimer.

Bagi orang biasa yang mempunyai daya ingatan beremosi, apabila mereka melihat sekeping gambar lama, mereka masih mampu mengimbau perasaan yang dinikmati ketika gambar itu diambil. Lebih baru lebih diingati perasaan yang dialami secara terperinci. Secara dramatiknya, pesakit Alzheimer kehilangan itu semua, mereka mungkin boleh mengecam tempat tetapi gagal menyelami perasaan ketika itu.

Latihlah daya ingatan beremosi anda untuk menjauhi penyakit Alzheimer. Caranya adalah melihat gambar-gambar beberapa tahun lepas dan terkini.

1) Lihat satu gambar di dalam talian maya (online) yang berkaitan dengan sesuatu kejadian yang baru terjadi. Perhatikan perasaan yang anda alami ketika melihat imej tersebut. Peka terhadap gambaran yang timbul dalam minda anda ketika itu, juga tentang bau atau bunyi yang anda rasakan.

2) Sekarang lihatlah gambar sekitar satu atau dua tahun yang lepas. Penting untuk melihat gambar yang tidak terlalu lama. Melihat gambar setahun dua yang lepas tentunya mengimbau kenangan tetapi tentunya anda tidak dapat merasai emosinya sebaik gambar dua minggu yang lalu.

3) Sekarang anda jelas menyedari bagaimana emosi boleh luntur dan gunakan ia untuk menajamkan daya ingatan beremosi anda ini. Cari gambar anda sendiri ketika anda berusia separuh dari usia sekarang. Sekiranya anda berusia 35 sekarang cari gambar ketika anda berusia 18 tahun. Tulis sepujuk surat kepada anda sendiri seolah olah anda yang berusia 18 tahun menulis kepada anda yang berusia 35 tahun sekarang. Beri masa pada diri sendiri untuk menentukan intipati surat anda.

4) Selanjutnya, balaslah surat tersebut dari diri anda sekarang kepada anda yang berusia 18 tahun tersebut. Apa yang berlaku sekarang adalah bentuk emosi yang padu dan terjalin di antara kedua anda diusia yang berbeza itu.

Kebanyakan orang lebih menyedari tentang emosi mereka sendiri apabila menjalani latihan ini. Ini menunjukkan bahawa rangsangan otak telah diaktifkan. Perasaan beremosi itu tidak semestinya kuat tetapi ia tetap cukup memberi rangsangan pada otak untuk berlatih merasainya.


Makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan lelemak 'sihat' bukan saja diet yang menyihatkan bahkan ia membantu daya ingatan yang lebih baik. Hasil penyelidikan menunjukkan zat tertentu dapat merangsang fungsi otak.

Vitamin B - terutamanya B6, B12 dan asid folik melindung neuron dengan mengnyahkah homocysteine sejenis asid amino yang merupakan toksik kepada sel saraf. Ia membantu menambahkan sel darah merah yang membawa oksigen. Sumber terbaik adalah bayam dan sayur berdaun hijau, brokoli, asparagus, strawberries, kacang hitam, buahan citrus dan juga kacang soya.

Anti oksidan seperti Vitamin C dan E dan beta karotin membantu melawan radikal bebas. Radikal bebas mampu merosakkan sel dan anti oksidan dapat meneutralkannya secara selamat. Anti oksidan ini memperbaiki aliran oksigen melalui tubuh dan otak.
Sumber terbaik adalah blueberries dan buah beri yang lain, kentang manis, tomato merah, bayam, brokoli, teh hijau, kekacang, buah citrus, hati.

Omega 3 asid lemak tertumpu di bahagian otak dan dikaitkan dengan fungsi kognitif. Ia dilihat sebagai lelemak 'sihat/baik' yang dapat melindung tubuh dari kolesterol. Sumber terbaik adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna,herring, halibut dan makerel, walnut dan walnut oil.

Bagi golongan emas yang kekurangan asid folic dan vitamin B12, makanan tambahan adalah perlu. Makanan tambahan mempunyai Omega 3 adalah bagus (semua peringkat umur) tetapi harus diingat zat nutrasi adalah terbaik didapati didalam makanan harian anda.

 http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
Yakinkan diri yang anda mempunyai daya ingatan yang baik sentiasa. Buang fikiran negatif yang mengatakan anda mempunyai daya ingatan yang lemah.

Lakukan latihan minda yang memerlukan rangsangan aktif otak anda. Bina skil minda seperti pelajari bahasa asing, menghafal ayat suci atau pelajari alat musik yang baru dan cabar otak anda dengan silangkata atau permainan seperti sodoku bagi membolehkannya aktif. Latih otak anda selama 30 minit sehari.

Lakukan senaman setiap hari. Senaman membuat kita lebih peka dan tenteram.

Kurangkan tekanan. Tekanan akan sentiasa ada tetapi ia boleh dikawal.Tekanan kronik tidak akan menyebabkan otak anda rosak secara fizikal tetapi ia boleh menyebabkan daya ingatan merosot. Selalulah rehatkan diri anda dengan senaman seperti regangan atau yoga dan berjumpalah doktor sekiranya anda merasa tertekan.

Memakan makanan secara sempurna. Diet sihat menyumbang kepada minda yang sihat. Makanan mengandungi antioksidan contohnya seperti brokoli,beri biru,bayam serta makanan mengandungi Omega 3 mampu memperbaiki fungsi otak.

Perbaiki daya pemerhatian. Latih minda membuat pemerhatian yang berkesan. Ambil sekeping gambar dan tumpukan seluruh perhatian. Terbalikan gambar dan cubalah namakan atau ingati apa yang terdapat pada gambar tersebut. Catitkan dan tuliskan secara terperinci jika perlu. Tutup mata dan bayangkan gambar tadi di minda anda.
Berlatihlah selalu dan anda akan dapati anda hanya memerlukan sedikit masa sahaja untuk pemerhatian secara berkesan setiap hari. Gunakan gambar yang anda kurang biasa untuk cabar minda anda dengan lebih lanjut lagi. 

Beri masa untuk membina daya ingatan. Ingatan seperti mengingat nama atau nombor telefon menjadi lupus kerana anda membenarkan minda anda terganggu dan tidak fokus sebelum ianya terbentuk. Jadi bagi mengelakkan ia lupus, sebaik menerima data, tumpukan perhatian anda pada data dan jangan fikirkan perkara lain selain data untuk beberapa ketika.

Bina imej yang jelas. Membayangkan imej dengan data akan memudahkan anda mengingat dengan lebih berkesan. Lebih mengejutkan imej tersebut atau lebih beremosi imej dikaitkan dengan data adalah lebih berkesan. Elakkan imej yang membosankan kerana anda akan lupakannya.

Ulang bahan yang ingin diingati selalu. Tulis atau sebut secara kuat/perlahan mampu membuat anda mengingati data dan ulangi. Fikirkan tentang data ketika lakukan latihan contohnya tarikh lahir kekasih anda.

Kategori dan buat kumpulan untuk perkara yang ingin diingati. Contohnya senarai barang dapur yang ingin dibeli terdiri dari sayuran, makanan tin dan sebagainya.

Susunatur hidup anda. Letak benda ditempat yang sama sentiasa, simpan nombor telefon penting didalam telefon bimbit atau 'organiser' dsb akan memudahkan hidup anda. Dengan ini anda dapat memberi lebih tumpuan kepada perkara yang lebih penting selain rutin anda. 

Meditasi. Meditasi seperti solat dan yoga membolehkan darah mengalir lebih ke otak anda. Ia membuatkan anda lebih fokus, lebih tumpuan dan memperbaiki daya ingatan.

Tidur lena. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari membantu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang terhadap pengetahuan yang baru anda pelajari. Tidurlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan